Thursday, July 29, 2010

kisah hati...



'Dalam hati,hanya Tuhan yang tahu...bertapa sakit dan pedih bila dikecewakan.Namun tetap redha dengan ketentuan Allah s.w.t.Seungguhnya Allah Maha Berhak atas sesuatu.Sukar dipendam kesedihan yg kian lama terselit dihati,ku luah dengan air mata yg mengalir tanpa henti....Amat terkilan rasa bila kesungguhan tidak diendahkan...ukhwah yg terjalin,kini semakin telerai...Ibarat tiada jalan bg mengeratkan lg ukhwah itu...Diri merasa kehilangan walau hanya seorang insan yg menghindar diri dr ukhwah yg dlunya mesra,nmun kini hanya duka...Allah menguji hambaNya tanpa rasa ragu,namun masih ada insan yg meragu kuasaNya.

'Insan,tahukah dikau bertapa kasih yg tercurah dari hati ini adalah ikhlas kerana ukhwah suci dr Allah,mambawa kita dalam senyum tawa yg ceria.Kini ia tinggal kenangan berselit duka...Bertapa berat hati menanggung perasaan,tak siapa yg tahu akan duka terpendam yg menjadi barah kesedihan dihati ini...hati calar bagai dihiris belati ,tertusuk sedalam tanpa meninggalkan kesan...namun pedihnya bagai dicurah asid yg mencairkan kasih sayang yg mendalam terhadap insan...

'Munkin kerana kasih yg terlalu mendalam,yg membuat diri kian hampir dengan kesedihan tanpa memikirkan akan bahana yg bakal menerjah ruang fikiran...Bahana yg menambahkan kerunsingan,kesuraman yg tiada menampakkan ceria dimata insan lain...senyum hambar dilempar tanpa memikirkan perasaan org lain.Haruskah diri berlaku demikian??Adilkah buat mereka yg menyayangi diri ini???Ya Allah,Kau berilah ku kekuatan untuk mengharungi Ujian dariMu...berat hati menanggung kesedihan..masih adakah ruang kasih sayang dihati untuk menerima diri,menerima senda gurau yg dulunye menceriakan suasana.....

'Hati,tabahlah dikau menghadapi ujianNya..Hati,usahlah dikau bersedih akan duka dunia yg tiada kesudahannya...Hati,bangunlah dengan nafas baru,usah lena dibuai kekacauan yg menambah keburukan.....Hati,sedarlah dari lena yg menghanyutkan kamu pada kealpaan...Jadilah Hati yang tabah menempuh segala dugaan,tabah menghadapi segala ujian..kekuatan Hati itu,yang akan membawa diri kegerbang kebahagian....

No comments:

Post a Comment