
"Umi,masih jelas diingatan,kali pertama kita berkenalan.Ukhwah yang sudah 'dirancang',
membuat diri merasa senang.Tiap tutur katamu,membuat diri senantiasa mengukir
senyuman.Tawa mesra mengerat tali persaudaraan.Umi,terngiang suaramu ditelingaku,
saat lafaz kata kau ucapkan padaku.Membuat diri merasa terharu jua menghilang celaru.
Umi,usah berkecil hati,andai tidak ku menegurmu dihari-hari ceriamu..yang pasti,kerinduan
padamu sentiasa ada dibenakku.Usah pertikai tahap ikhlas kasihku,kerana hanya Tuhan
yang tahu,bertapa diri menyayangimu....doaku,semoga kau sentiasa dalam kebahagiaan,
kurniaanNya dan berada dibawah lindunganNya sentiasa...Luv Umi Ina...

"Mak,keranamu aku disini.keranamu aku bernafas,keranamu aku menjejak liku hidup ini.
Mak,terasa hilang bila berjauhan,tiada tempat untuk mengadu kasih.Mak,seribu kemanisan
dalam tiap kenangan,tidak pernah kulupakan.Tegas tuturmu,menjadi inspirasi buat diriku.
Mak,andai ditakdirkan aku dijemput 'kembali',sekalung doa daarimu,kuharapkan selalu.
kerna ku tahu,doamu itu bekalan buatku 'disana'.Andai pernah aku melukai hatimu,ampun
kan segala kesilapanku.Andai pernah aku menyakitimu,luaskanlah kemaafanmu
padaku.Andai saja kau tahu,aku sentiasa mendoakanmu.Andai jua kau tahu..aku amat
menyayangimu..."
No comments:
Post a Comment